بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hype . . lme tak update ini velog . .
bukan sbb tader cerita tapi tidak berkesempatan sahaje . .
subhanaAllah. . subhanaAllah. . subhanaAllah. .
ini baru ujian yang kecik kita dah terngadah
lagikan pula dugaan yang datang tu sebesar kapal dilautan..
Ya Rabb
seandainya ini yang mampu membuatkan aku senantiasa mensyukuri nikmatmu Ya Rabb. .
InsyaAllah akan aku laluinya dengan hati yang terbuka
bahawa
atas apa yang engkau berikan adalah mengikut setiap kemampuanku. .
Ya Rabb
kekalkanlah setiap perhubungan yang telah terbina ini. .
rapatkanlah kembali silaturahim yang ada seperti sediakala. .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
sesungguhnya engkaulah yang dapat membantu setiap hamba-hambamu ini
bukakanlah pintu hati setiap daripada kami untuk sentiasa memaafkan
bagi merapatkan kembali ukhwah yang telah terjalin
Ya Allah
seandainya ini yang engkau tentukan
akan ku redha atas ujian yang kau berikan ini semampuku
jadikanlah aku hambamu yang bersyukur atas pemberianmu
kuatkanlah jati diri kami yang sering longlai. .
jadikanlah ukhuwah kami seindah pelangi,
sesegar daun daun yang menghijau,
serta sucikanlah hati kami seputih salju. .
" Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwah mu..Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..Penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANIMU...yang tidak kunjung malap..Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..Hidup suburkan hati-hati dengan MA'RIFAT tentangmu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik- baik penolong..... "
InsyaAllah. . Amin. .
##atasehsangooglesearch##
No comments:
Post a Comment